Punca Harga Rumah Meningkat

Posted by GameMaster | 12/02/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya kongsikan kenapa ada sesetengah rumah teres atau banglo dan macam-macam rumah lagi.. Kenapa harga mereka tak sama.. Memang kita akui rumah teres yang dibina di kawasan pedalaman atau dalam kawasan kampung harganya murah sedikit berbanding dibandar.. Kita kongsikan apa punca rumah di bandar mahal sedikit dari kawasan kampung atau pedalaman.. Ini tidak termasuk harga pembinaan..

Sudah tentu jawapannya adalah faktor kemudahan..

1. Kemudahan Klinik
2. Masjid
3. Stesen Petroleum
4. Bank
5. Pasar Raya
6. Sekolah

Walaubagaimana pun.. Duduk dikawasan pedalaman pun ada kelebihannya.. Antara kelebihannya adalah kawasan kediaman anda lebih tenang kerana tidak sesibuk bandar.. Udara dikampung juga lebih segar.. Dan ramai warga kota yang telah membina atau membeli rumah dikawasan pedalaman.. :D

- Fenomena Bulan Senyum 1 Disember

Banjir di dua negeri semakin buruk

Posted by GameMaster | 11/30/2008 | 2 comments »



KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila jumlah yang terpaksa dipindahkan meningkat manakala di Pahang tidak banyak berubah.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 1,743 orang petang semalam berbanding 295 orang pada tengah harinya, manakala di Kelantan 794 orang, meningkat daripada 109 orang pada sebelah pagi dan di Pahang hanya 25 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Terengganu memberitahu, daripada jumlah itu, 954 mangsa di Besut, Hulu Terengganu (376), Setiu (325) dan Marang (88).

“Sebanyak 10 pusat pemindahan telah dibuka di Besut sehingga pukul 5 petang semalam manakala empat di Hulu Terengganu, lima di Setiu dan dua di Marang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jalan yang ditutup setakat ini ialah Jalan Kuala Ping ke Kuala Berang di Kilometer 28, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, Jalan Kuala Berang-Kampung Kepah, yang semuanya ditenggelami air antara 0.5 dan 2 meter.

Di Kelantan pula, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir malam tadi memberitahu, seramai 2,397 orang dari tiga jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dipindahkan

“Jeli paling serius dengan 2,048 mangsa dipindahkan,” katanya sambil menambah antara jalan yang ditutup ialah laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai dan Jeli-Dabong.

Dua laluan utama menuju ke jajahan Jeli dan Kuala Krai juga ditutup berikutan air mula naik setinggi satu meter.

Sumber: Kosmo

Jom Join Komuniti

Tips Nak Improved English

Posted by GameMaster | 11/28/2008 | 2 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi tips berkaitan bagaimana kita hendak meningkatkan penggunaan bahasa english dalam kehidupan seharian kita.. Kita pun sudah sedia maklum berapa pentingnya bahasa inggeris ni kan.. Jadi kat bawah perenggan ni nanti saya akan listkan beberapa tips bagaimana nak improved kan english kita..

Antara tips-tipsnya ialah:

1. Bergaul dengan rakan-rakan yang pandai bercakap english.
2. Beli bahan bacaan dalam berbahasa inggeris.
3. Praktiskannya di hadapan cermin setiap hari jika anda malu nak cakap dengan orang.
4. Jika anda sudah mampu memahirkannya sedikit praktikkannya dengan bercakap dengan rakan-rakan yang pandai berbahasa english.
5. Banyakkan rujuk kamus jika anda kurang faham dengan perkataan tersebut
6. Kalau anda jenis yang kurang sikit nak baca bahan bacaan dalam english ni.. Anda boleh ikut cara saya.. Tonton video english.. Subtitle bahasa melayu tutup.. Tapi saya senang. Tapi paling senang sekali kalau anda nak cepat paham tonton rancangan kartun atau anime kat tv.. Kejap je anda boleh pandai nanti.. Bukan setakat english.. Kadang-kadang bahasa jepun anda boleh cakap sikit-sikit.

CCleaner 2.14.750

Posted by GameMaster | 11/26/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi lagi anda software free untuk kegunaan pc anda.. Detail kat bawah ni..

Cleans the following:

* Internet Explorer: Temporary files, URL history, cookies, Autocomplete form history, index.dat.
* Firefox: Temporary files, URL history, cookies, download history.
* Opera: Temporary files, URL history, cookies.
* Windows: Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
* Registry cleaner: Advanced features to remove unused and old entries, including File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts and more... also comes with a comprehensive backup feature.
* Third-party applications: Removes temp files and recent file lists (MRUs) from many apps including Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, MS Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip and many more...
* 100% Spyware FREE: This software does NOT contain any Spyware, Adware or Viruses.


Download Link: CCleaner

Gempar Meteor Jatuh

Posted by GameMaster | 11/24/2008 | 2 comments »



EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya.

Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman.

Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton.

Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah Bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.

Beberapa pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta.

Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter. – Agensi

Anggap ibu bapa kafir

Posted by GameMaster | 11/22/2008 | 6 comments »



KUALA LUMPUR - Sesiapa yang tidak menjadi pengikut Ajaran MLM kesemuanya dianggap kafir termasuk ibu bapa dan adik- beradik sendiri.

Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.

Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.

"Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.

"Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.

"Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan," akui Remy.

Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata 'meracuni' fikiran ahli-ahlinya.

"Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh 'Ajaran MLM' pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya 'berhijrah' ke sana," katanya.

Sumber: Kosmo

Ni apa punya ajaran daa.. Scam betol..

Membuang Kutil Pada Kucing

Posted by GameMaster | 11/20/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi satu lagi tips untuk binatang peliharaan anda.. Hari ni tipsnya ialah bagaimana hendak membuang kutil di telinga atau di badang kucing.. Apakah punya kutil ni terjadi.. Mungkin kucing ni kerap bermain kotoran diluar rumah agaknya.

Ok.. Caranya ialah.. Jika anda memasak ikan didapur.. Tak kiralah ikan kembung ke ikan masin ke ikan apa ke.. Setelah anda habis menggorengkan ikan tersebut.. Sejukkan minyak goreng ikan tadi dan kemudian sapukan pada tempat yang kena kutil tadi.. Kutil yang keras tadi akan menjadi lembut dan teruskan membuat begitu sampai elok kucing tersebut...

Jom Join Komuniti.. Klik Sini

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight